Wednesday, December 19, 2012

Selawat Nuraniyah

الإمام العارفين بالله مولانا الشيخ سيدي أحمد البدوي

بسم الله الرحمان الرحيم

اللهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَرِكْ عَلَى سَيِّدِنَا وَمَوْلَانَا مُحَمَّدٍ [1] شَجَرَةِ الْأّصْلِ النُّوْرَانِيَّةٍ [2] وَلَمْعَةِ الْقَبْضَةِ الرَّحْمَانِيَّةِ [3] وَاَفْضَلِ الْخَلِيْقَةِ الْإِنْسَانِيَّةِ [4] وَأَشْرَفِ الصُّوْرَةِ الجِسْمَانِيَّةِ [5] وَمَعْدِنِ الْأَسْرَارِ الرَّبَّانِيِّةِ [6] وَخَزَائِنِ الْعُلُوْمِ الْإِصْطِفَائِيَّةِ [7] صَاحِبِ الْقَبْضَةِ الأَصْلِيَّةِ  [8] وَالْبَهْجَةِ السَّنِيَّةِ [9] وَالرُّتْبِةِ العَلِيَّةِ [10] مَنِ اْندَرَجَتِ النَّبِيُّوْنَ تَحْتَ لِوَآئِهِ فَهُمْ مِنْهُ وَاِلَيْهِ [11] وَصَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْه وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ [12] عَدَدَ مَا خَلَقْتَ وَرَزَقْتَ وَأَمَتَّ وَأَحْيَيْتَ اِلَى يَوْمِ تَبْعَثُ مَنْ اَفْنَيْتَ [13] وَسَلِّمْ تَسْلِيْمًا كَثِيْرًا وَالْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ [14] انتهى


آمِيْن


[1] Wahai Allah, berilah rahmat, sejahtera keselamatan dan barakah ke atas penghulu kami dan tuan kami, Muhammad.
[2] (iaitu baginda mulia merupakan) pokok/dasar/asli/esensi yang berasalnya dari cahaya.
[3] dan berkelipan ia dalam genggaman (sifat) kasih sayang
[4] dan sebaik-baik manusia dalam ciptaan.
[5] dan sebaik-baik kemuliaan dalam keadaan (imej), dalam perihal jasmaniyah.
[6] dan simpanan rahsia-rahsia Ketuhanan
[7] dan khazanah 'ilmu-'ilmu pilihan/terpilih (limited edition)
[8] (bagindalah) yang punyai genggaman pokok/dasar
[9] (baginda merupakan) sinar yang gemerlap/gemilang
[10] darjat yang tertinggi
[11] (baginda itu ialah Muhammad صلى الله وسلم وبارك عليه yang) sekalian yang mempunyai darjat kenabiyan (segala para anbiya) itu seluruhnya dibawah panjinya, kerana mereka (sekalian anbiya') itu daripada baginda (Muhammad) dan kepada baginda (Muhammad) juwa
[12] (wahai Allah) rahmatilah, sejahteralah dan berkahilah ke atas baginda dan ke atas ahli (keluarga) baginda dan sahabat-sahabat baginda (Muhammad صلى الله عليه وسلم)
[13] sebanyak bilangan apa yang Engkau ciptakan, dan yang Engkau razaqikan, dan yang Engkau mematikan, dan yang Engkau hidupkan, sehinggalah kepada hari Engkau bangkitkan kembali.
[14] dan sejahteralah kesejahteraan yang sebanyak-banyaknya, dan sekalian pujian tertuju hanya bagi (dan milik) Allah juwa, Tuhan seluruh 'alam.

Sunday, June 17, 2012

Do'a Nurun Nubuwwah


دعاء نور النبوة 

بسم الله الرحمان الرحيم


اللهُمَّ ذِى السُّلْطَانِ الْعَظِيْمِ وَذِى الْمَنِّ الْقَدِيْمِ وَذِى الْوَجْهِ الْكَرِيْمِ وَوَلِيِّ الْكَلِمَاتِ التَّآمَّاتِ وَالْدَّعَوَاتِ الْمُسْتَجَابَاةِ عَاقِلِ الْحَسَنِ وَالْحُسَيْنِ مِنْ اَنْفُسِ الْحَقِّ وَعَيْنِ الْقُدْرَةِ وَالنَّاظِرِيْنِ وَعَيْنِ الْإنْسِ وَ الْجِنِّ والشَّيَاطِيْنِ×3
وَاِنْ يَكَادُ الَّذِيْنَ كَفَرُوْا لَيُزْلِقُوْنَكَ بِاَبصَارِهِمْ لَمَّا سَمِعُوْا الذِّكْرَ وَيَقُوْلُوْنَ اِنَّهُ لَمَجْنُوْنٌ×7 وَمَا هُوَ اِلَّا ذِكْرٌ لِلْعالَمِيْنَ سورة القلم آية 51-52

 وَمُسْتَجَابُ لُقْمَانِ الْحَكِيْمِ وَوَرِثَ سُلَيْمَانُ دَاوُدَ عَلَيْهِمَا الصلَاةُ وَالسَّلام
الْوَدُوْدُ (7 مرات) يا اللهُ (3 مرات)
ياَ ذَا الْعَرْشِ الْمَجِيْدِ، طَوِّلْ عُمْرِيْ×7 وَصَحِّحْ أجْسادِي وَاقْضِ حَاجَتِي وَأكْثِرْ اَمْوَالِيْ وَاَوْلَادِيْ وَحَبِّبْنِي لِلنَّاسِ جَمِيْعًا/أَجْمَعِيْنَ، وَتَبَاعَدِ الْعَدَاوَةَ كُلَّهَا مِنْ بَنِيْ آدَمَ عَلَيْهِ السَّلامُ مَنْ كَانَ حَيًّا وَيَحِقَّ الْقَوْلُ عَلَى الْكَافِرِيْنَ
وَقُلْ جَاء الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا×7 سورة الإسراء آية 81
وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاء وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ×7 وَلاَ يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إَلاَّ خَسَارًا سورة الإسراء آية 82

وَسُبْحَانَ رَبِّكَ رَبّ العِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْن سلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِيْنَ والْحَمْدُ للهِ رَبَّ العَالَمِيْن

الفاتحة هاديه
·       Nabiyuna Muhammad صل الله عليه وسلم
·       Khulafa’ al-Rasyidin
·       Malaaikat 4
·       Nabiy Adam عليه السلام
·       Nabiy Sulaiman عليه السلام
·       Luqman al-Hakim
·       Waliy al-Quthub
·       Rijalul-Ghaib
·       Ibu dan ayah
·       Guru yang mengijazah ‘amalan
·       Ruh diri sendiri

Wednesday, May 30, 2012

Istighfar Kabir

الإمام العارقين بالله السيد أحمد بن إدريس رضي الله عنه

بسم الله الرحامن الرحيم

أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ×3 الَّذِيْ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّوْمَ[1] غَفَّارَ الذُّنُوْبِ ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ[2] وَأَتُوْبُ إِلَيْهِ مِنْ جَمِيْعِ المَعَاصِى كُلِّهَا [3] وَالذُّنُوْبِ وَالْآثَامِ، وَمِنْ كُلِّ ذَنْبٍ أَذْنَبْتُهُ عَمْدًا وَخَطَأَ، ظَاهِرًا وَبَاطِنًا قَوْلًا وَفِعْلًا[4] فِى جَمِيْعِ حَرَكَاتِي وَسَكَنَاتِى، وَجَطَرَاتِي وَأَنْفَاسِى كُلِّهَا [5] دَائِمًا أَبَدًا سَرْمَدًا مِنَ الذَّنْبِ الَّذِيْ أَعْلَمُ، وَمِنَ الذَّنْبِ الَّذِىْ لَا أَعْلَمُ [6] عَدَدَ مَا أَحَاطَ بِهِ الْعِلْمُ [7] وَأَحْصَاهُ الكِتَابُ [8] وَخَطَّهُ الْقَلَمُ [9] وَعَدَدَ مَا أَوْجَدَتْهُ الْقُدْرَةُ وَخَصَّصَتْهُ الْإِرَادَةُ وَمِدَادَ كَلِمَاتِ اللهِ [10] كَمَا يَنْبَغِى لِجَلَالِ وَجْهِ رَبِّنَا وَجَمَالِهِ وَكَمَالِهِ وَكَمَا يُحِبُّ رَبُّنَا وَيَرْضَى [11] انتهى



[1]   Aku memohon ampunan Allah, yang 'Agung, yang hanyasanya Tiada Tuhan melainkan Dia, yang Hidup, yang berdiri dengan ZatNya sendiri.
[2]   Pengampun bagi segala dosa, Empunya (sifat) Keagungan, dan Kemuliaan.
[3]   dan daku taubat (kembali) kepadaNya daripada sekalian ma'siat (derhaka/melawan perintah) seluruhnya
[4]   dan segala dosa-dosa dan kesalahan, dan daripada setiap dosa yang terbuat, secara sengaja dan tersalah (yakni tidak tersengaja), zhahir dan bathin, perkataan dan perbuatan.
[5]   pada sekalian pergerakan, dan diam, dan lintasan hati dan nafas seluruhnya
[6]   sentiasa abadi berterusan daripada dosa-dosa yang diketahui, dan daripada dosa-dosa yang tidak ketahui
[7]   sebanyak apa yang dicakup/diliputi dengannya al-'ilmu
[8]   dan menghabisi akannya oleh al-Kitab
[9]   dan ditentukan oleh al-Qalam.
[10] dan sebanyak apa yang di adakannya oleh al-Qudrat dan dikhususkan oleh al-Iradat dan sebanyak bilangan (dakwat) kalimat "الله"
[11] sebagaimana sepatutnya bagi keagungan wajah Tuhan kami, dan keindahanNya, dan kesempurnaanNya dan sebagaimana disukai Tuhan kami dan yang diridhaiNya.

Selawat Tafrijiyah

بسم الله الرحمان الرحيم

اَللهُمَّ صَلِّ صَلَاةً كَامِلَةً[1]، وَسَلِّمْ سَلَامًا تَآمًّا [2] عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدِ نِ الَّذِىْ تَنْحَلُّ بِهِ الْعُقَدُ [3]، وَتَنْفَرِجُ بِهِ الْكُرَبُ [4]، وَتُقْضَى بِهِ الْحَوَائِجُ [5] وَتُنَالُ بِهِ الرَّغَائِبُ [6]، وَحُسْنُ الْخَوَاتِمِ [7]، وَيُسْتَسْقَى الغَمَامُ بِوَجْهِهِ الْكَرِيْمِ [8]، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ فِى كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُوْمٍ لَكَ [9] انتهى

آمين

[1] Wahai Allah, selawatlah selawat yang sempurna,
[2] sejahterakanlah kesejahteraan yang sejati/terpenuhi/tercukupi
[3] ke atas Penghulu kami/Sayyidina "Muhammad" صل الله عليه وسلم yang terbubarlah dengannya (yakni dengan barakah selawat) segala simpulan ikatan
[4] dan terbinasalah dengannya (yakni dengan selawat ini) segala kesukaran.
[5] dan tertunailah segala hajat
[6] dan mendapatlah dengannya apa yang diharapkan
[7] dan baik pada penghujung (umur)
[8] dan tercurah-curahlah awanan air hujan dengan barakah wajah (peribadi) yang Mulia (Muhammad صل الله عليه وسلم)
[9] dan ke atas ahlinya dan sahabatnya pada setiap kerdipan mata mengerdip, dan hembusan nafas dengan sebilangan setiap yang diketahui oleh-Mu

 [Keterangan Umum]

 Kata al-Imam al-Dainuri
  1. Barangsiapa membaca 11x pada tiap-tiap kali lepas shalat fardh,maka tiada putus rezekinya, juga akan mendapat martabat yang tinggi.
  2. Barangsiapa membaca 41x pada setiap kali lepas shalat subuh, maka akan tercapai yakni berhasil segala maksud dan cita-citanya.
  3. Barangsiapa membaca 313x pada setiap hari, maka akan terbuka segala rahsia/sirr dan dapat melihat apa yang dikehendakinya.
  4. Barangsiapa membaca 1'000x, maka akan tercapai segala perkara yang tiada dapat tergambar oleh 'aqal, tiada terlihat dengan mata kasar, tiada di dengar oleh telinga dan yang tidak terlintas pada hati.
Kata al-Imam al-Qurtubi
  1. Barangsiapa membaca 41x atau 100x atau lebih pada setiap hari akan dapat menghilangkan segala dukacita dan dapat mengelakkan segala bala (yang memudaratkan) serta diluaskan rezekinya, terbuka segala pintu kebajikan, perkataannya sentiasa didengar (dihormati/dipatuhi) orang, terjauh daripada kemiskinan dan kepapaan, kasih segala manusia kepadanya dan mustajab segala doanya.
  2. Untuk menghasilkan segala urusan penting dan menolak segala bala yang datang, maka hendaklah dibaca 4,444x sambil bertawasul (mengambil barakah/perantaraan) dengan Nabiy صل الله عليه وسلم yang mempunyai sifat-sifat yang Agung/Kemegahan kemudian berdo'alah. Insya-Allah akan dimakbulkan oleh Allah سبحانه وتعالى.
Berkata pula, Sayyidi Muhammad Haqqa, "Aku telah mengajar selawat Tafrijiyah ini kepada seorang perempuan yang telah buta matanya selama 25 tahun. Kemudian di 'amalkan olehnya sehingga sempurna bilangannya sebanyak 4,444x dalam tempoh lapan hari tiba-tiba matanya dapat memandang (celik) semula dengan kuasa Allah سبحانه وتعالى."

Wednesday, May 23, 2012

Kisah Nabiy Adam dan Azazil

بسم الله الرحمان الرحيم
 Di dunia dahulu, sebelum penciptaan Adam Alaihi-Salam, golongan jinlah yang menjadi penghuni bumi. Menurut riwayat adalah Azazil merupakan golongan jin yang hidup di bumi sebelum penciptaan Nabi Adam. Pada satu ketika para malaikat memerangi jin yang tinggal di bumi kerana terlalu banyak membuat kerosakan. Dalam serangan itu mereka menawan Azazil dan membawanya ke alam malakut (langit). Azazil ikut beribadat bersama-sama malaikat yang akhirnya dia menjadi semulia-mulia malaikat dan menjadi hamba Allah yang paling banyak ilmu dan ibadatnya.

Azazil rupanya cantik dan mempunyai sayap. Dia juga menjadi penjaga syurga. Dia menjadi penguasa bumi dan langit dunia (langit pertama).

Sekalipun Azazil ditugaskan mengawasi dunia, tetapi golongan jin masih banyak membuat kerosakan di muka bumi dan sering terjadi bunuh-membunuh di antara mereka. Mereka telah membunuh Nabi mereka sendiri iaitu, Yusuf. Akhirnya Allah Subhanahu-wa-Ta’ala mengutuskan Azazil bersama rombongan tentera langit ke dunia menjumpai kumpulan jin yang banyak membuat kerosakan itu.

Ketika pertemuan Azazil dan tentara pimpinan dengan kumpulan jin yang zalim itu, timbullah rasa besar diri dan kesombongan dalam hati Azazil. Dia yakin tidak ada sesiapa yang sanggap melakukan apa yang dibuatnya, tidak ada yang sampai ke peringkat setinggi seperti dirinya, baik dari segi ilmu mahupun kedudukan di sisi Allah. Ketika itu hanya Allah sahajalah yang mengetahui apa yang tersirat dalam hati Azazil. Para malaikat tidak ada yang tahu apa yang tersembunyi dalam hati Azazil.
Kemudian terjadilah hal-hal yang tidak diduga. Azazil menjumpai disetiap tempat sujud tertulis “Iblis tercampak, Iblis dilaknat, Iblis menjadi hina.”

Kemudian dia lihat lagi di pintu syurga tertulis “Aku ada mempunyai hamba yang termasuk golongan Muqarrabin, Aku suruh dia tetapi dia tidak mahu melaksanakannya. Bahkan dia ingkar kepada-Ku. Sebab itu Aku laknat dia dan ketaatan serta ibadatnya selama ini menjadi sia-sia.”
 
Azazil bingung dan hatinya tertanya-tanya “Siapakah Iblis yang dilaknat dan dicampakkan itu? Sesungguhnya aku berlindung pada Allah daripada demikian itu?” bisik Azazil. Kemudian dia pergi menghadap Allah dan berkata “Ya Allah, izinkanlah aku untuk mengutuk Iblis itu.” Allah Subhanahu-wa-Ta’ala mengizinkannya dan dia pun mengutuknya selama seribu tahun lamanya.

Namun akhirnya malaikat lain pun mengetahui perihal Iblis itu. Malaikat Israfil telah melihatnya tertulis di Lauhul Mahfuz. Israfil menangis, malaikat-malaikat yang lain pun datang menjumpainya. Mereka bertanya kepadanya “Mengapa engkau menangis?” Israfil menjawab “Aku telah melihat salah satu rahsia Tuhanku.” Sambil menceritakan apa yang dilihatinya itu.
Malaikat-malaikat yang datang itu pun turut menangis semua. Akhirnya mereka membuat keputusan sama-sama pergi untuk menjumpai Azazil yang terkenal dengan kemakbulan doanya itu. Azazil pun berdoa “Ya Tuhanku, amankanlah mereka ini semua daripada qathiah (putus rahmat-Mu)” Dia doakan mereka dan lupa dia mendoakan untuk dirinya. Tidak terfikir dalam hatinya bagaimana kalau dia sendirilah Iblis yang akan dilaknat Allah itu.

Menurut Ka’ab Al-Ahbar namanya adalah:
· Al-Abid (yang banyak beribadat) di langit dunia.
· Al-Zahid (yang zuhud) di langit kedua.
· Al-Arif (yang arif) di langit ketiga.
· Al-Wali (wali Allah) di langit keempat.
· Al-Iltaqa (yang menjumpai) di langit kelima.
· Al-Khazin (penjaga) di langit keenam.
· Azazil di langit ketujuh.
· Iblis di Lauhul Mahfuz.

Pada waktu itu, rupanya sifat takbur telah subur dan semakin menguasai dalam hati Azazil, tetapi hanya Al-Alim Azza wa Jalla jualah mengetahui akan apa yang terkandung dalam hati Azazil. Allah berfirman 
وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلاَئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُواْ أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاء وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لاَ تَعْلَمُونَ
“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat “Sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang khalifah (pemimpin) di muka bumi ini.” Mereka berkata “Mengapa Engkau hendak menjadikan khalifah di muka bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman “Sesungguhnya Aku lebih mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.” (Surah Al-Baqarah 30)

Kemudian Allah Subhanahu-wa-Ta’ala memerintahkan Jibrail turun ke bumi untuk mengambil tanah. Ketika Jibrail bermaksud mengambilnya, tanah itu berkata “Sesungguhnya aku berlindung pada Allah daripada Engkau. Aku minta janganlah ambil aku.” Jibrail merasa kasihan. Dia kembali kepada Tuhan dan berkata “Ya Tuhanku, sesungguhnya tanah itu berlindung pada-Mu daripada aku kurangi atau ku ambil dia, maka tidak jadi ku ambilnya.”

Allah Subhanahu-wa-Ta’ala perintahkan pula Malaikat Mikail Alaihi-Salam. Tanah itu berlindung pada Allah seperti sebelumnya dan Mikail pun tidak sampai hati mengambilnya.
Kemudian Allah Subhanahu-wa-Ta’ala mengutuskan Malaikat Izrail iaitu malaikat maut. Tanah itu berkata kepadanya “Aku berlindung pada Allah daripada engkau ambil aku.” Malaikat maut menjawab “Aku juga berlindung pada Allah daripada kembali kepada-Nya tanpa melaksanakan suruhan-Nya.”
Malaikat maut mengambil tanah itu, sesuai dengan yang diperintahkan kepadanya. Dia ambil tanah dari pelbagai tempat dan jenis.Di antara tanah yang diambilnya ada tanah merah, tanah putih dan tanah hitam.
Itulah sebabnya manusia yang ada sekarang ini pun ada yang putih dan ada pula yang hitam.

Dia membawa tanah itu kepada Allah. Tanah itu menjadi basah sehingga menjadi lumpur. Allah Subhanahu-wa-Ta’ala pun mula menjadikan Adam untuk menandingi kehebatan Azazil atau supaya dia tidak sombong. Pada mulanya tubuh Adam hanya jasad tanah selama empat puluh tahun. Ketika para malaikat melalui tempat itu, mereka terperanjat. Yang paling terperanjat ialah Azazil. Pernah pada suatu hari Azazil lalu di hadapan jasad Adam Alaihi-Salam, kemudian dia pukul sehingga keluar suara seperti tembikar yang dipukul.

Kemudian Azazil bertanya kepada jasad Adam. “Untuk apa engkau diciptakan?” Setelah itu dia masuk dari mulutnya dan keluar dari duburnya. Dia berkata kepada para malaikat “Jangan takut dan segan kepada jasad ini. Dia ini tidak ada kelebihan. Nanti akan ku hancurkan dia.” 

 Tatkala sudah sampailah masa yang dikehendaki Al-Khaliq Azza wa Jalla untuk meniupkan roh-Nya ke dalam jasad Adam Alaihi-Salam. Dia berkata kepada para malaikat “Apabila nanti Aku tiupkan roh kepadanya, maka sujudlah kamu kepadanya.” Allah Subhanahu-wa-Ta’ala mula meniupkan roh ke dalam jasad Adam. Apabila roh sudah masuk ke dalam kepala Adam, dia pun bersin. Mendengar yang demikian para malaikat berkata “YarhamukAllah.” Apabila roh sudah sampai ke matanya, matanya terus terbuka dan melihat buah-buahan syurga. Tatkala roh sudah sampai ke dalam perutnya, Nabi Adam Alaihi-Salam terus lapar dan mahu melompat mengambil makanan-makanan yang ada di dalam syurga padahal rohnya baru sampai di pusat dan masih kaku kerana belum dimasuki roh. Begitulah sifat manusia yang selalu ingin tergesa-gesa.

Setelah Adam mempunyai roh dan hidup secara sempurna, maka sujud kesemuanya malaikat kecuali Azazil yang enggan dan takbur. Ketika Allah Subhanahu-wa-Ta’ala bertanyakan kepada dia “Mengapa engkau tidak mahu sujud?” Azazil menjawab “Aku lebih baik daripadanya. Aku tidak mahu sujud kepada manusia yang Engkau ciptakan dari tanah.”
Aisyah Radhi-Allahu-anha berkata “Rasulullah Sal-Allahu-Alaihi-wa-Salam ada bersabda “Allah Subhanahu-wa-Ta’ala telah menciptakan malaikat dari nur Arasy, menciptakan jin dari nyala api dan menciptakan Adam dari apa yang disifatkan bagi kamu.”
Ketika Allah Subhanahu-wa-Ta’ala bertanya kepada Azazil mengapa tidak mahu sujud kepada Adam, dia menjawab “Aku lebih baik daripadanya. Engkau ciptakan aku dari api sedangkan Engkau ciptakan dia dari tanah.”

Bererti Azazil Laknatullah-Alaih itu hanya melihat asal kejadian Adam dan tidak melihat siapa yang menyuruhnya. Kejadian Adam dan tidak melihat siapa yang menyuruhnya. Sepatutnya walaupun dia tidak menghormati Adam tetapi dia mesti taat kepada Allah yang menyuruhnya supaya sujud kepada Adam.
Azazil tidak mahu sujud bahkan timbul hasad dalam dirinya. Dia cemburu melihat Adam yang sudah dimuliakan Allah itu. Dia tidak mahu sujud dan takbur. Padahal sifat takbur dan membesar diri itu hanyalah layak bagi Al-Haq Azza wa Jalla dan cukup tercela dan membuat orang tidak boleh masuk syurga. Dalam hadis sahih ada menyatakan “Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya ada seberat zarah daripada sifat takbur.”

Dalam hati Azazil ada sifat takbur, pembangkangan dan kekufuran yang menyebabkan dia dijauhkan dari rahmat Allah Subhanahu-wa-Ta’ala. Firman Allah  
وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلاَئِكَةِ اسْجُدُواْ لآدَمَ فَسَجَدُواْ إِلاَّ إِبْلِيسَ أَبَى وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ
“Maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Ia enggan dan takbur dan adalah dia termasuk dari golongan orang-orang yang kafir.” {Surah Al-Baqarah ayat 34}
Ketika itu Azazil sudah dihukum kafir. Sejak itu namanya disebut Iblis, yang ertinya jauh. Dia menjadi jauh dari rahmat Allah dan dikeluarkan dari syurga. Sejak itu pula dia cukup marah dan dendam melihat Adam. Dia berazam untuk mengganggu dan menjerumuskan Adam serta anak cucunya. 

Firman Allah Surah Al-Israa ayat 62  

قَالَ أَرَأَيْتَكَ هَـذَا الَّذِي كَرَّمْتَ عَلَيَّ لَئِنْ أَخَّرْتَنِ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ لأَحْتَنِكَنَّ ذُرِّيَّتَهُ إَلاَّ قَلِيلاً
 “Dia (Iblis) berkata “Terangkanlah kepadaku, inilah orang-orang yang Engkau muliakan atas diriku? Sesungguhnya jika Engkau memberi tangguh kepadaku sampai hari kiamat, nescaya benar-benar akan aku sesatkan anak cucunya kecuali sebahagian kecil.”

Surah Al-A’raaf ayat 13
 
قَالَ فَاهْبِطْ مِنْهَا فَمَا يَكُونُ لَكَ أَن تَتَكَبَّرَ فِيهَا فَاخْرُجْ إِنَّكَ مِنَ الصَّاغِرِينَ
“Turunlah engkau dari syurga itu (wahai Iblis), kerana engkau tidak sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya. Maka keluarlah, Sesungguhnya engkau termasuk orang-orang yang hina.”
Iblis memohon kepada Allah Subhanahu-wa-Ta’ala supaya dipanjangkan umurnya sampai hari kiamat, ternyata Allah Subhanahu-wa-Ta’ala menerimanya permintaannya itu kerana ada hikmahnya. Iblis mula membuat strategi bagaimana caranya menjerumuskan Adam. Dia begitu benci dan dendam kepada Adam kerana dia merasa Adamlah yang menyebabkannya dibuang dari syurga. Adam juga yang menyebabkannya hina. Kononnya disebabkan Adam dia tidak mendapat nikmat lagi dan dijauhkan dari rahmat Allah Subhanahu-wa-Ta’ala.

Kerana geramnya melihat Adam, dia berjanji kepada Allah akan menggoda dan menyesatkan Adam bersama anak cucunya, sesuai dengan Firman Allah

قَالَ فَبِمَا أَغْوَيْتَنِي لأَقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرَاطَكَ الْمُسْتَقِيمَ

ثُمَّ لآتِيَنَّهُم مِّن بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَن شَمَآئِلِهِمْ وَلاَ تَجِدُ أَكْثَرَهُمْ شَاكِرِينَ

“Iblis menjawab “Kerana Engkau tealh menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan menghalang-halangi mereka dari jalan Engkau yang lurus. Kemudian saya akan mendatangi mereka dari depan dan belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakkan mereka bersyukur (taat).” Surah Al-A’raaf ayat 16-17

Segala kesenangan ada di dalam syurga. Apa saja yang diinginkan, dapat diperolehi tanpa bersusah payah. Sesungguhnya ia adalah suatu tempat yang amat indah, permai dan penuh nikmat, menjadi idaman setiap insan.

Demikian menurut riwayat, Allah Subhanahu-wa-Ta’ala menciptakan Adam Alaihi-Salam sebagai manusia pertama. Hamba-Nya yang dimuliakan itu ditempatkan di dalam syurga.
Adam Alaihi-Salam hidup sendirian, tiada seorang kawan pun, baginda berjalan ke kiri dan ke kanan, menghadap langit yang tinggi, bumi terhampar jauh di seberang, maka tiadalah sesuatu yang dilihatnya dari makhluk sejenisnya kecuali burung-burung yang berterbangan ke sana ke mari, sambil berkejaran di angkasa bebas, menyanyi, bersiul, seolah-olah mempamerkan kemesraan.

Adam Alaihi-Salam terpikat melihatnya, teringin menjadi sepertinya, tetapi sungguh malang, siapalah gerangan kawan hendak diajak. Baginda merasa kesepian, sudah lama tinggal di syurga seperti orang kebingungan, tiada pasangan yang untuk diajak bermesra sebagaimana burung-burung yang dilihatnya.
Tiada apa yang dilakukan sehari-harian kecuali bermalas-malas, bersantai, mengambil angin di dalam taman syurga yang indah permai, yang ditumbuhi berjenis bunga-bungaan semerbak mewangi, di bawahnya mengalir anak-anak sungai yang bercabang-cabang dan desiran airnya umpama pembangkit rindu.

Apa saja di dalam syurga adalah nikmat! Tetapi apalah erti segalanya jika hati resah gelisah dan kesepian seorang diri? Itulah satu-satunya kekurangan yang dirasakan Adam Alaihi-Salam di dalam syurga. Baginda perlu kepada sesuatu, iaitu kepada kawan sejenis yang akan berdamping dengannya dalam kesenangan yang tidak terhingga. Kadangkala tatkala rindunya datang, turunlah ia ke bawah pohon-pohon rendang mencari hiburan, mendengar burung bernyanyian, bersahut-sahutan, tetapi bukannya hati menjadi tenteram, malah menjadi lebih tertekan.
Bila angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, daun-daun melambai gemalai dan mendesirkan sayup-sayup suara, maka meninggalkan kesan sedih dan terharu yang sangat mendalam di hatinya. Dirasakannya derita batin di sebalik nikmat yang dianugerahkan Tuhan kepadanya.

Walau demikian, Adam Alaihi-Salam mungkin malu untuk mengadukan halnya kepada Allah Subhanahu-wa-Ta’ala. Namun, Al-Alim Azza wa Jalla melihat apa yang tersembunyi di hati hamba-Nya. Oleh itu Allah Ta’ala ingin mengusir rasa kesepian Adam Alaihi-Salam. Apabila Adam Alaihi-Salam sudah berada di puncak kerinduan dan keinginan untuk mendapatkan kawan, baginda masih termenung di atas tempat duduk yang berlapiskan tilam permaidani serba mewah, maka tiba-tiba rasa mengantuk datang dan membawanya hanyut ke alam tidur.

Adam Alaihi-Salam tidur nyenyak tanpa mempedulikan apa-apa yang ada di sekelilingnya. Di saat itulah Allah Subhanahu-wa-Ta’ala menyampaikan perintah kepada malaikat Jibrail Alaihi-Salam untuk mencabut tulang rusuk Adam Alaihi-Salam dari sisi sebelah kiri.
Bagai orang yang dibius, Adam Alaihi-Salam tidak merasa apa-apa ketika tulang rusuknya dicabut oleh malaikat Jibrail Alaihi-Salam. Dengan qudrat kuasa Ilahi, dengan hanya berfirman “Kun” كُنْ maka terjadilah apa yang kehendaki-Nya.

Itulah Hawa yang dijadikan dari tulang rusuk Adam Alaihi-Salam, sebagai penghuni syurga yang kedua dan sebagai pelengkap kurnia yang di anugerahkan kepada Adam Alaihi-Salam yang inginkan seorang kawan untuk bermesra dan bersenda gurau.
Hawa duduk bersandar di atas tempat duduk megah yang bertatahkan emas dan permata manikam, sambil terpesona memperhatikan kecerahan wajah seorang lelaki kacak yang sedang terbaring, tidak jauh di hadapannya. Pemikiran yang bergelombang dalam sanubari Hawa seolah-olah arus elektrik yang mengetuk hati Adam Alaihi-Salam, lantas menerimanya sebagai mimpi yang berkesan dalam gambaran jiwanya ketika itu.

Adam Alaihi-Salam terbangun dari beradunya. Alangkah terkejutnya ketika melihat makhluk sama seperti dirinya hanya beberapa langkah dihadapannya. Baginda seolah-olah tidak percaya dengan penglihatannya. Baginda masih terbaring sambil mengusap matanya beberapa kali untuk memastikan apa yang sedang dilihatnya.

Hawa yang diciptakan lengkap dengan berperasaan malu, segera memalingkan badannya untuk menyembunyikan bukit-bukit di dadanya, sambil mengirimkan senyum manis bercampur manja, diiringi pandangan melirik dari sudut mata yang memberikan sinar harapan bagi hati yang melihatnya.
Memang dijadikan Hawa dengan bentuk dan paras rupa yang sempurna. Dia dihiasi dengan kecantikan, kemanisan, keindahan, kejelitaan, kehalusan, lemah-lembut, kasih-sayang, kesucian, keibuan dan segala sifat-sifat keperibadian yang terpuji di samping bentuk tubuhnya yang mempesona serta memikat hati setiap orang yang memandang.

Dia adalah wanita tercantik yang menghiasi syurga dan kecantikannya itu akan diwarisi turun temurun pada hari kemudian dan daripadanyalah akan ada kecantikan yang diwariskan kepada wanita-wanita yang datang sesudahnya.

Adam Alaihi-Salam pun tidak kurang gagah dan kacaknya. Tiada cacat pada dirinya kerana baginda adalah satu-satunya makhluk insan yang diciptakan oleh Allah Subhanahu-wa-Ta’ala secara langsung tanpa perantaraan. Semua kecantikan yang diperuntukkan bagi lelaki terhimpun padanya. Kecantikan itu pula diwariskan turun temurun kepada generasi selepasnya sebagai anugerah Allah سحانه وتعالى kepada makhluk-Nya yang bergelar manusia. Bahkan diriwayatkan bahawa kelak semua penghuni syurga (lelaki) nanti merupai wajah seperti wajahnya bapa manusia iaitu Nabi Adam عليه السلام. Dan adalah wajah Nabi Adam menyamai wajah nabi Ibrahim dan wajah Nabi Muhammad pula menyamai wajah Nabi Ibrahim. Wajah paling sempurna dan paling indah ialah wajah Nabi Muhammad.
Adam Alaihi-Salam bangkit dari pembaringannya. Baginda membuka mata, memperhatikan dengan pandangan tajam. Baginda sedar bahawa orang asing di depannya itu bukanlah bayangan selintas pandang, tetapi kebenaran.

Baginda tahu dan yakin makhluk itu manusia seperti dirinya. Baginda serta merta membawa kesimpulan bahawa makhluk di depannya adalah perempuan. Baginda sedar bahawa itulah dia jenis yang dirinduinya. Hatinya gembira, bersyukur, bertahmid memuji Zat Maha Pencipta.

Baginda tertawa kepada gadis jelita yang menyambutnya tersipu-sipu sambil menundukkan kepalanya, pandangannya dapat menyingkap apa yang terselit di kalbunya. Adam Alaihi-Salam terpikat pada rupa Hawa yang jelita, bagaikan kejelitaan segala puteri-puteri yang bermastautin di atas langit atau bidadari-bidadari di dalam syurga.

Tuhan menanam asmara murni dan hasrat berahi di hati Adam Alaihi-Salam serta menjadikannya orang yang paling asyik dilamun cinta, tiada tandingannya dalam sejarah, iaitu kisah cinta dua insan di dalam syurga. Adam Alaihi-Salam ditakdirkan jatuh cinta kepada puteri yang paling cantik, paling jelita dan paling harum dari segala-galanya.

Adam Alaihi-Salam dibisikkan oleh hatinya agar merayu Hawa. Baginda berseru “Wahai si jelita, siapakah gerangan kekasih ini? Dari manakah datangmu dan untuk siapakah engkau disini?” Suara sopan, lembut dan penuh kasih-sayang.

“Aku Hawa,” sambutnya ringkas. “Aku dari Khaliq.” Suaranya terhenti seketika. “Aku… aku… aku, dijadikan untukmu!” Tekanan suaranya menyakinkan. Tiada suara yang seindah dan semerdu itu walaupun berbagai suara merdu dan indah terdengar setiap saat di dalam syurga. Tetapi suara Hawa, tidak pernah di dengarnya suara sebegitu indah yang keluar dari bibir mungil wanita jelita itu. Suaranya membangkit rindu, gerakan tubuhnya menimbulkan semangat.

Kata-kata yang paling segar didengar oleh Adam Alaihi-Salam ialah tatkala Hawa mengucapkan kata terputus-putus “Aku… aku… aku, dijadikan untukmu!” Kata-kata itu penuh dengan kasih sayang, menambah kemesraan Adam Alaihi-Salam kepada Hawa. Adam Alaihi-Salam sedar bahawa nikmat itu datang dari Tuhan Azza wa Jalla dan cinta pun datang dari-Nya juga. Baginda tahu bahawa Allah Azza wa Jalla itu cantik, suka kepada kecantikan juga. Jadi, kalau cinta kepada kecantikan bererti cinta kepada Tuhan.

Cinta itu bukan dosa malah satu pengabdian. Dengan mengenali cinta, makrifah kepada Tuhan semakin mendalam. Cinta kepada Hawa bererti cinta kepada Khaliq. Dengan keyakinan demikian Adam Alaihi-Salam menjemput Hawa dengan berkata “Kekasihku, ke marilah engkau kepadaku!” Suaranya halus, penuh kemesraan.

“Aku malu!” balas Hawa seolah-olah menolak. Tangannya dan kepalanya memberi isyarat menolak sambil memandang Adam Alaihi-Salam penuh ketakjuban. “Kalau engkau yang inginkan aku, engkaulah yang ke sini!” Suaranya yang bagaikan irama seolah-olah memberi harapan.

Adam Alaihi-Salam tidak ragu-ragu. Baginda mengayuh langkah gagah mendatangi Hawa. Maka sejak itulah bermulanya wanita itu didatangi bukan mendatangi.

Hawa bangkit dari tempat duduknya, sedar bahawa walaupun dirinya diperuntukkan bagi Adam Alaihi-Salam, namun haruslah mempunyai syarat-syarat tertentu. Dalam sanubarinya, dia tidak dapat menyangkal bahawa dia pun terpesona dan tertarik kepada rupa Adam Alaihi-Salam yang sungguh indah.
Adam Alaihi-Salam tidak putus asa. Baginda tahu itu bukan dosa. Baginda tahu membaca isi hati. Baginda tahu bukannya Hawa menolak, tetapi suatu perbuatan wajar dari sikap malu seorang gadis yang berbudi. Baginda tahu bahawa di sebalik ‘malu’ terselit rasa ‘mahu’ kerana baginda yakin pada dirinya bahawa Hawa diperuntukkan untuknya. Naluri insaninya bergelora.

Tatkala sudah hampir dengan Hawa serta menghulurkan tangan suci kepadanya, maka tiba-tiba terdengarlah panggilan ghaib berseru “Hai Adam! Tahanlah dirimu. Pergaulanmu dengan Hawa tidak halal kecuali dengan mahar dan berkahwin!” Adam Alaihi-Salam tersentak lalu balik ke tempat asalnya dengan taat. Hawa pun mendengar teguran dari Ilahi dan hatinya tenteram kerananya. Kedua-dua manusia dalam syurga itu terdiam demikian menunggu perintah.

Al-Rahman 'Azza wa Jalla menyempurnakan nikmatnya lahir dan batin kedua hamba-Nya yang saling memerlukan. Dia memerintahkan bidadari-bidadari syurga yang indah untuk menghiasi dan menghiburkan pasangan Adam itu serta membawakan kepadanya hantaran-hantaran berupa perhiasan-perhiasan dari syurga yang indah-indah belaka.

Sementara itu diperintahkan pula kepada malaikat langit untuk berkumpul bersama-sama di bawah pohon ‘Syajarah Thuba’. Menjadi saksi atas perkahwinan Adam Alaihi-Salam dan Hawa.
Diriwayatkan bahawa pada akad perkahwinan itu Allah 'Azza wa Jalla berfirman “Segala puji adalah milik-Ku, segala kebesaran adalah pakaian-Ku, segala kemegahan adalah hiasan-Ku dan segala makhluk adalah hamba-Ku dan di bawah kekuasaan-Ku. Menjadilah saksi kamu hai para malaikat dan para penghuni langit dan syurga bahawa Aku mengahwinkan Hawa dengan Adam Alaihi-Salam, kedua ciptaan-Ku dengan mahar dan hendaklah keduanya bertahlil dan bertahmid kepada-Ku!”

Setelah akad nikah selesai, datanglah para malaikat dan bidadari menyebarkan mutiara-mutiara yaqult dan intan permata kepada pasangan agung tersebut. Selesai upacara akad, dihantarlah Adam Alaihi-Salam mendapat isterinya di istana megah yang akan mereka diami.
Hawa menuntut haknya. Hak yang disyariatkan Tuhan sejak mula. “Mana mahar?” Tanyanya. Dia menolak sentuhan sebelum mahar pemberian ditunaikan dahulu. Adam Alaihi-Salam bingung seketika. Lalu sedar bahawa untuk menerima haruslah memberi. Baginda lebih insaf daripada itu dan haruslah menjadi kaedah asas dalam pergaulan hidup.

Sekarang baginda sudah mempunyai pasangannya. Antara sesama pasangan harus ada saling memberi dan menerima. Pemberian pada perkahwinan untuk menerima kehalalan ialah mahar. Oleh itu, Adam Alaihi-Salam menyedari hakikat tuntutan Hawa itu bahawa menerima mahar adalah benar.
Untuk keluar dari keraguan, Adam Alaihi-Salam berseru “Ilahi, Ilahi, Ilahi… Ya Rabbi! Dengan apakah yang akan aku berikan kepadanya sebagai mahar? Emaskah, intankah, perak atau permata?” Jawab Allah “Bukan.” “Apakah hamba akan berpuasa atau solat atau bertasbih untukMu sebagai maharnya?” Tanya Adam Alaihi-Salam dengan penuh pengharapan.

“Bukan!” tegas suara ghaib. Adam diam dalam kebuntuan. Kemudian bermohon “Kalau begitu tunjukkanlah hamba-Mu jalan keluar!” Al-Haq Azza wa Jalla berfirman “Mahar Hawa ialah selawat sepuluh kali atas NabiKu, Nabi dan Rasul yang bakal Aku utuskan bagi membawa pernyataan dari sifat-sifat-Ku, Muhammad. Cincin permata dari para Nabi dan dialah penutup serta penghulu segala anbiya. Ucapkanlah sepuluh kali!”

Adam Alaihi-Salam merasa lega. Baginda mengucapkan sepuluh kali selawat ke atas Nabi Muhammad Sal-Allahu-Alaihi-wa-Salam sebagai mahar kepada isterinya. Suatu mahar yang bernilai spiritual kerana Nabi Muhammad Sal-Allahu-Alaihi-wa-Salam adalah rahmatan lil ‘alamin.
Hawa mendengar dan menerimanya sebagai mahar. “Hai Adam! Kini aku halalkan Hawa bagimu.” Perintah Allah “Dapatkanlah dia sebagai isterimu!” Adam Alaihi-Salam bersyukur lalu menemui isterinya dengan ucapan salam. Hawa menyambutnya dengan segala keterbukaan dan cinta kasih.

Allah Subhanahu-wa-Ta’ala kemudian berfirman kepada mereka 

وَيَا آدَمُ اسْكُنْ أَنتَ وَزَوْجُكَ الْجَنَّةَ فَكُلاَ مِنْ حَيْثُ شِئْتُمَا وَلاَ تَقْرَبَا هَـذِهِ الشَّجَرَةَ فَتَكُونَا مِنَ 
  الظَّالِمِينَ

“Dan Wahai Adam! TInggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai dan janganlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim.” {Al-A’raaf ayat 19}

Dengan perkahwinan ini Adam Alaihi-Salam tidak lagi merasa kesepian di dalam syurga. Inilah percintaan dan perkahwinan yang pertama dalam sejarah umat manusia dan berlangsung di dalam syurga yang penuh kenikmatan. Iaitu sebuah perkahwinan agung yang dihadiri oleh para bidadari, jin dan disaksikan oleh para malaikat.
Peristiwa perkahwinan Adam dan Hawa terjadi pada hari Jumaat. Entah berapa lama keduanya menetap di syurga, hanya Allah Subhanahu-wa-Ta’ala yang tahu. Lalu keduanya diperintah turun ke bumi. Turun ke bumi untuk menyebar luaskan keturunan yang akan mengabdikan diri kepada Allah Subhanahu-wa-Ta’ala dengan janji bahawa syurga itu tetap tersedia di hari kemudian bagi hamba-hamba yang beriman dan beramal soleh.
Firman Allah Subhanahu-wa-Ta’ala  
قُلْنَا اهْبِطُواْ مِنْهَا جَمِيعاً فَإِمَّا يَأْتِيَنَّكُم مِّنِّي هُدًى فَمَن تَبِعَ هُدَايَ فَلاَ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ
“Kami berfirman lagi “Turunlah kamu semuanya dari syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dari-Ku (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka). Maka sesiapa yang mengikuti petunjuk-Ku itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.” {Al-Baqarah ayat 38}

Nasihat yang Tercela

بسم الله الرحمان الرحيم

بسم الله وصلاة وسلام على رسول الله

Wahai saudaraku yang dimuliakan الله, mendengarlah. Dan sesungguhnya pada ini, aku berikan kamu pengajaran tentang sesuatu yang amat penting dan perlu di utamakan. Sungguh hal ini amat merisaukan kerana sesungguhnya manusia sememangnya tiada yang terlepas dari kesalahan dan kesilapan. Kerendahan akhlak maka kamu maafkanlah. Kurangnya pemahaman maka bertanyalah. Keraguan maka kamu telitilah.

Wahai ahli syurga, marilah untuk bersama dan mendengar. Sesungguhnya nasihat yang tercela dan membawa kecelakaan itu ialah pada lidah orang yang memberikan nasihat. Sesungguhnya nasihatmu itu berguna sekiranya tepat pada ilmunya dan benar pada kesalahan. Namun kecelakaan itu bukan sahaja pada orang yang degil mendengar nasihat bahkan ianya juga pada si pemberi nasihat itu.

Wahai kesayanganku, apabila seseorang itu memberikan nasihat hendaklah kau diam dan tenang. Dan janganlah kau disebabkan oleh hawa nafsu dan keras hatimu itu membuatkan kau berdegil pada orang yang berilmu. Nasihat itu ubat dan degil itu penyakit. Nasihat itu penawar dan degil itu merosakkan. Orang yang degil itu ialah disebabkan oleh kerasnya cinta dunia. Yang bersarang di hatinya. Cintakan dunia itu ialah disebabkan banyaknya menurut hawa nafsu. Sungguh cinta dunia itu ialah penyakit yang kritikal dan ialah juga pokok, akar dan merupakan ibu kepada sifat-sifat mazmumah/tercela.

Surah Al-A’raf ayat 79

"وَنَصَحْتُ لَكُمْ وَلَكِن لاَّ تُحِبُّونَ النَّاصِحِينَ..."
“Tetapi kamu tidak menyukai orang-orang yang memberikan nasihat.”

Surah Al-Jaatsiyah ayat 23

أَفَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَهَهُ هَوَاهُ
“Dengan yang demikian, bagaimanakah fikiranmu terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya (sebagai) Tuhannya yang dipatuhinya…”

Surah Al-Baqarah ayat 74

ثُمَّ قَسَتْ قُلُوبُكُم مِّن بَعْدِ ذَلِكَ فَهِيَ كَالْحِجَارَةِ أَوْ أَشَدُّ قَسْوَةً
“… hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi…”

Dari Abu Hurairah, Rasul-Allah Sal-lallahu-‘Alaihi wa Salam bersabda
“Barangsiapa bertengkar dalam suatu permusuhan, tanpa ilmu, nescaya sentiasalah dia dalam kemurkaan Allah sehingga dia mencabut dirinya daripadanya.”
(Dirawikan Ibnu Abid Dunya dan Al-Ishfahani – dipandang hadith ini dhaif oleh kebanyakan ulama hadith)

Sesungguhnya hawa nafsu itu menyuruh kepada selainNya. Dan adalah hawa nafsu itu pandai menggoda dan ia juga termasuk senjata syaitan yang utama. Hawa nafsu sentiasa menggoda dan tiadalah seseorang itu boleh mengawal dan menundukkannya melainkan dengan mujahadah. Hampir mustahil bagi seseorang menundukkan hawa nafsunya melainkan dengan mujadah. Mengalahkannya dengan berperang-bermusuh dan tidak menurut kemahuannya. Jinakkanlah hawa nafsu dan jangan diturutkannya sekalipun hawa nafsu itu telah dikendalikan. Hawa nafsu itu ibarat anak kecil yang meronta. Yang memaksa untuk kepuasannya. Bagaimana kamu menerima dan menurut seorang anak kecil?

Berkata Waliyyullah Syaikh Abdul-Qadir al-Jailani
“Nafsu ini selalu membisikkan kejahatan. Ia menuntut dan menuntut lagi sehingga ia dikendalikan oleh hati. Perangilah ia dalam setiap keadaan. Janganlah kamu menurutnya. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman “Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketaqwaannya.” (Surah Asy-Syams ayat 8) Jinakkanlah nafsumu dengan mujahadah. Sungguh jika ia telah jinak, ia akan tunduk kepada hati, kemudian hati tunduk kepada nurani, dan nurani tunduk kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.”

Hati yang dikuasai nafsu mana mungkin suka menerima nasihat dan pengajaran. Sesungguhnya nasihat dan pengajaran itu menyuruh kepada kebaikan dan langsung kepada yang bertentangan dengan nafsu.

Kecelakaan bagi orang yang memberi nasihat itu ialah pada lidahnya yang banyak mengutuk dan mencela. Nabi Sal-lallahu-‘Alaihi wa Salam bersabda
“Tidaklah hasil tuaian lidah manusia itulah yang telah menghumbankan muka mereka ke dalam neraka.”
(Riwayat Imam Tirmidzi, Imam Al-Nasa’I, Ibn Majah dan Imam Ahmad) dan baginda bersabda
“Orang yang beriman itu bukanlah orang yang suka menuduh, suka melaknat, suka bercakap kotor dan keji.”
(Riwayat Imam Tirmidzi – katanya Hassan Gharib, Al-Iraqi pula berkata sanahnya sahih)

Hendaklah orang yang tahu kesalahan saudaranya itu menasihati dengan berkata yang lemah lembut, penuh kesopanan dan bukanlah dengan kekasaran. Contohnya:

  • “Janganlah kamu lakukan begini dan begini. Ianya salah.”
Atau
  • “Apa yang kau buatkan itu ialah suatu kesalahan. Semoga kamu tinggalkan perbuatan ini.”
Ataupun
  • "(menyindir) Pemuda itu tidak ada pengalaman (lalu jangan ditunjukkan orang langsung kepadanya supaya dijaga aibnya dan juga supaya dia faham)"
Atau juga
  • "Saudaraku, beginilah yang lebih baik kau lakukan."

Dan perlulah dengan pertuturan yang jelas dan baik-baik. Menasihatilah saudaramu itu pada tempat yang asing dari orang-orang (masyarakat) supaya menjaga aibnya dan berkatalah dengan tenang dan berlemah lembut.

Berkata Imam As-Syafie
“Barangsiapa mengajari temannya secara rahsia, maka sesungguhnya dia telah menasihati dan menghiasi temannya itu."


Berkata Umar Radhi-Allahu-anhu
“Kebajikan itu barang yang mudah, muka yang jernih dan perkataan yang lemah lembut.”

Nabi Muhammad bersabda

والكلمة الطيبة صدقة
“Kata yang baik itu sadaqah.”
Dan
“Jagalah dirimu dari api neraka, walaupun dengan sekeping tamar! Kalau kamu tidak memperolehnya (iaitu sekeping tamar), maka dengan perkataan yang baik.”
(Riwayat Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim dari Uda bin Hatim)

Hindarilah daripada berkata seperti:
  • “Kau ini bodoh.”
Atau
  • “Sungguh celaka kau ini, tidak boleh berbuat begini.”
Atau juga
  • “Kau ini lemah. Bukan begini sepatutnya kau perbuat.”
Ataupun
  • “Hai orang yang bodoh, kenapa kau tidak mahu mendengar.”
Atau juga
  • "Kau ini memangnya sial. Tengok apa sudah berlaku. Celaka."
Atau begini
  • "Diamlah, kau budak-budak dan masih bodoh. Apa kau tahu."
Dan begini
  • "Begini kau perbuat. Sungguh sial dan celaka. Laknat bagimu."

Wahai yang aku cintai, kesemua ini ialah merupakan perkataan yang bertentangan dengan nasihat Nabi Muhammad Sal-lallahu-'alaihi wa Salam. Baginda mengajar supaya menjadi lemah lembut. Janganlah memaki, mengutuk dan menghina. Dan jikalau dikhuatiri kemarahanmu pada kesalahan saudaramu itu, oleh kerana keterlaluan perlakuannya, maka nasihatilah saudaramu itu di tempat yang asing daripada masyarakat dan orang-orang awam. Hal ini demi menjaga aibnya. Sungguh orang yang menjaga aib saudaranya, Allah akan menutup aibnya di hari kiamat kelak.


Berkata Ibnu Umar
“Sesungguhnya orang yang sangat dimurkai Allah ialah tiap-tiap orang yang mencela, lagi mengutuk orang.”

Wahai kesayanganku, aku ceritakan kepada kamu bahawa
suatu hari beberapa orang Yahudi datang pada Rasul dan berkata “Celaka bagimu.” Rasul menjawab “Juga bagi kalian.” Mendengar hal itu, Ummul-Mukminin, Aisyah Radhi-Allahu-anha berkata “Celaka dan laknat bagi kalian!” Rasul-Allah Sal-lallahu-‘Alaihi wa Salam bersabda “Aisyah, Allah menyukai kelembutan dalam setiap hal.” (Lihat Sahih Muslim hadith ke-2593) Pengajaran dari hadith ini ialah berlemah lembut. Walaupun Aisyah berkata seperti demikian, Nabi Muhammad menegur Aisyah dengan tenang dan lemah lembut. Bukanlah dengan cercaan dan makian mahupun bahasa kesat.

“Aku berpesan kepadamu bahwa janganlah engkau suka mengutuk.”
(Riwayat Imam Ath-Thabrani dan al-Albani menyatakan ianya sahih)

Dari Abu Darda’, beliau berkata bahawa Rasulullah bersabda
“Sesungguhnya apabila seorang hamba mengutuk sesuatu, naiklah kutukan itu ke atas langit, lalu ditutup pintu-pintu langit kerananya. Kemudian turun ke bumi, lalu ditutup pintu-pintunya kerananya. Kemudian ia mengambil kanan dan kiri, maka jika ia tidak menemukan tempat, niscaya ia kembali kepada yang dikutuk, jika ia tidak sampai menerimanya, dan jika tidak nescaya ia kembali kepada yang mengucapkannya.”
(Riwayat Imam Abu Daud dan dinyatakan hasan lighairih oleh al-Albani)

Dalam "Janji dan Sumpah Iblis" penulisan Adil Akhyar katanya "Ada setengah ulama mengganggap ucapan-ucapan seperti "sial", "laknat", "celaka", dan seumpamanya sebagai doa, kerana ada sebuah hadith daripada Rasulullah Sal-lallahu-'Alaihi wa Salam yang melarang perbuatan seperti itu. Sebab dikhuatiri, jika ucapan itu berkebetulan dengan masa pengabulan doa dan permintaan, nescaya bencana ucapan itu akan menimpa orang yang ditujukan ucapan itu, kiranya dia memang patut menerima bencana itu pada ukuran Allah Subhanahu wa Ta'ala. Tetapi kiranya dia tidak patut menerimanya, maka bencana itu akan kembali menimpa ke atas orang yang menujukan ucapan itu."

Diriwayatkan dari Jabir Radhi-Allahu-anhu, katanya "Suatu masa kami bersama-sama Rasulullah Sal-lallahu-'Alaihi wa Salam sedang menuju ke medan perang, tiba-tiba ada seorang Ansar merasa tidak selesa terhadap binatang kenderaannya, lalu dia menyumpah-nyumpah binatang itu "Jalanlah laknat!" - Katanya. Maka baginda marah kepada orang Ansar itu lalu bersabda "Turunlah dari binatang itu! Jangan engkau biarkan ia ikut bersama-sama kita, kerana ia telah mendapat laknat."

Kemudian Baginda bersabda lagi "Janganlah engkau mendoakan (kecelakaan) ke atas dirimu atau ke atas anak-anakmu atau ke atas harta bendamu, kerana dikhuatiri bertepatan pada saat doa mustajab, di mana setiap hamba yang memohon (berdoa) sesuatu dari Tuhan akan dikabulkan."

Sungguh apa yang keluar di mulut. Apa yang diucapkan oleh lidah itu merupakan doa dan akan naik ke langit ucapan tersebut. Oleh itu, berhati-hatilah kalian. Jangan sehingga kalian menasihati disertakan dengan cercaan dan celaan. Di khuatiri permintaan tersebut akan makbul dan ditimpa kepada orang yang dinasihati. Lebih malang, jika kutukan itu tidak menimpa yang yang terkena kutukan, ditimpa pula kepada orang yang mencela. نعوذ بالله من ذلك.

Bagaimanalah dengan seorang yang ingin menasihati saudaranya, namun dia pula mendoakan yang buruk untuk saudaranya. Berhentilah, nasihatlah dengan baik bukan dengan cara makian atau pertengkaran.

Nabi Muhammad صل الله عليه وسلمbersabda
“…Mencukupilah dari manusia itu kejahatan, bahawa dia menghinakan saudaranya yang muslim.”
(Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah)

Imam Al-Ghazali berkata dalam kitab ‘Ihya Ulumiddin
“penghinaan yang paling berat ialah pertengkaran. Kerana orang yang menolak perkataan orang lain, adalah meletakkan orang itu pada kebodohan dan kedunguan.”
Imam Al-Ghazali berkata lagi bahawa yang mendekat pada mengutuk ialah berdoa terhadap manusia dengan sesuatu yang tidak baik atau jahat. Pendek kata, cela dan cercaan ini juga ialah doa yang mungkin tidak mustahilnya di terima oleh الله Al Mujib ‘Azza wa Jalla.

Selawat 'Azhimiyah [صلاوة العظيمية]

الإمام العارفين بالله مولانا السيد أحمد بن إدريس

بسم الله الرحمان الرحيم

اَللهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِنُوْرِ وَجْهِ اللهِ الْعَظِيْمِ {1} الَّذِي مَلَاءَ أَرْكَانَ عَرْشِ اللهِ العَظِيمِ {2} وَقَامَتْ بِهِ عَوَالِمُ اللهِ العَظِيمِ {3} أَنْ تُصَلِّيَ عَلَى مَوْلَانَا مُحَمَّدٍ ذِي الْقَدْرِ الْعَظِيْمِ {4} وَعَلَى آلِ نَبِىِّ اللهِ الْعَظِيْمِ {5} بِقَدْرِ عَظَمَةَ ذَاتِ اللهِ العَظِيْمِ {6} فِى كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَ مَا فِى عِلْمِ اللهِ الْعَظِيْمِ {7} صَلَاةً دَائِمَةً بِدَوَامِ اللهِ الْعَظِيْمِ {8} تَعْظِيْمًا لِحَقِّكَ يَا مَوْلَانَا يَا مُحَمَّدُ يَا ذَا الْخُلُقِ العَظِيْمِ {9} وَسَلِّم عَلِيْهِ وَعَلَى آلِهِ مِثْلَ ذَلِكَ {10} وَاجْمَعْ بَيْنِيْ وَبَيْنَهُ كَمَا جَمَعْتَ بَيْنَ الرُّوْحِ وَالنَّفْسِ {11} ظَاهِرًا وَبَاطِنًا ، يَقَظَةً وَمَنَامًا {12} وَاجْعَلْهُ يَا رَبِّ رُوْحًا لِذَاتِي مِنْ جَمِيْعِ الوُجُوْهِ {13} فِي الدّنْيَا قَبْلَ الآخِرَةِ يَا عَظِيْمُ {14} آمين





{1} Ya Allah, sesungguh daku memohon akan diKau, dengan (bertawassul) Nur Wajah Allah, yang Agung.
{2} yang memenuhi rukun-rukun 'arasy Allah, yang Agung.
{3} dan dengan ia (yakni Nur Wajah Allah) berdiri seluruh 'alam-'alam (ciptaan) Allah, yang Agung.
{4} agar menselawati tuan kami, Muhammad - yang mempunyai qadar (darjat) Agung.
{5} dan ke atas ahli (keluarga) nabiyallah, yang Agung.
{6} dengan qadar (darjah) keagungan Zat Allah, yang Agung.
{7} pada setiap kerdipan mata dan helaian nafas sebanyak apa yang ada pada 'ilmu Allah yang Agung.
{8} selawat berkekalan sekekalnya Allah yang Agung.
{9} mengagungkan bagi haq dikau, wahai tuan kami, wahai Muhammad, wahai empunya akhlaq yang Agung.
{10} dan salam kesejahteraan ke atas baginda, dan ke atas keluarga baginda semisal itu juga.
{11} dan himpunkanlah antara daku dan antara baginda, sebagaimana (di Kau, ya Allah) menghimpunkan antara ruh dan diri.
{12} zhahir dan bathin, secara sedar terjaga dan sewaktu tidur.
{13} dan jadikanlah baginda wahai Tuhanku, ruh bagi zat daku, daripada sekalian wajah (zat selainnya).
{14} di dunia sebelum datangnya akhirat, wahai Yang Agung.

"Selawat 'Azhimiyah" ini antara 'amalan terbesar yang telah diberi oleh Rasul-Allah صل الله عليه وسلم kepada al-Imam Ahmad bin Idris رضي الله تعالى عنه (pendiri Thariqah Rabbiyah al-Ahmadiyah al-Idrisiyah) ketika beliau bertemu dengan baginda Rasul-Allah صل الله عليه وسلم beserta nabiy Khidr عليه السلام secara jaga (yaqazhah يقظة).

'Amalan ini boleh di ambil ijazahnya di:
 
  1.  Thariqat al-Rabbaniyah al-Ahmadiyah al-Idrisiyah al-Linggi, Syaikh wal-Mursyid Murabbi ilaa Rabbil-'Aalamiin - Sayyidi Muhammaf Fa'idz, di Seremban, Negeri Sembilan.
  2. Madrasah al-Zuhdiyah, Baling, Parit Panjang, Kedah, al-Ustaadzul-A'zham wal-Malaadzul-Akram, Syaikhi Tuan Guru Haji Muhammad Rifa'i bin Ya'qub.
  3. Madrasah al-Rahmaniyah, Sik, Kedah, al-Musnid al-Syaikh al-'Arif Billah al-Faqih al-Fahamah, Mursyid Murabbi ilaa Khaliq, Tuan Guru Haji Salleh bin Musa bin Salleh bin 'Abd Manaf.
Seeloknya ialah mengambil bai'ah Thariqat ini. Amalkanlah sekurangnya sehari sekali. Seeloknya sekali selepas solat.

Dinasihatkan jangan masuk dunia 'amalan atau bersuluk salik ini - sekiranya anda belum tamat 'ilmu ushul dan 'ilmu tasawuf rendah (peringkat mubtadi').

والله تعالى أعلم بالصواب